Mama x kisah asal Tirah bahagia dan gembira atas apa jua pun keputusan yang bakal Tirah hadapi. Mama tahu anak mama ni seorang yang baik hati, rajin dan tidak merungut apa pun jika ada sesuatu yang Tirah mahu... Tirah macam mama,.. sebab tu mama faham Tirah.. Jadi untuk UPSR yang menjelang esok 9/9/2014 mama mahu Tirah laksanakan yang terbaik dan fikirkan dalam-dalam apa yang telah Tirah perolehi dari pelajaran Tirah di sekolah. Untuk apa pun yang Tirah lakukan, mama sentiasa menyokong Tirah..memberi kata semangat dan perangsang untuk apa jua bidang yang Tirah mahu lakukan nanti. Insha Allah, dengan izinNya Tirah akan berjaya.. Mama sayang Tirah.
Dari Mama
No comments:
Post a Comment