Monday, February 18, 2013

Tammy O Tammy





Tengok lah gelagat tammy yang kelakar ni.. bantal rimau dia yg senget tu pon nak jugak duduk walaupun dia sndiri pon senget.. tempat beradu dia ni mmg kitorang tak kan kacau,..hak milik persendirian dia saja.. huh tammy kau mmg bertuah sungguh~!..

Thursday, February 14, 2013

Pity Dina

730 pagi Izwan dapat call dr mak dia, Dina demam and penat. Ya Allah, kesian Dina. Jadi kitorang cepat2 siap lepas Tirah pegi sekolah ambik Dina. Dia nampak agak tercungap2 sbb kahak di paru2 tu. Jadi terus ke Klinik Mediveron Presint 15 utk jumpa doktor. Doktor plak dtg lambat,..tak apa lah tunggu di belakang tu sambil bermain2 dengan Dina. Masa tu pukul 940,.. masuk jumpa doktor pukul 1015. Dina dh mmg meragam..



Doktor kata dada dina sempit, sbb kahak dh penuh dlm paru2.. dia mmg akan jadi mcm tu bila kena selsema yg agak panjang.. kesian, kena bgi nebulizer, dan apa lagi menjerit menangis dengan sekuat-kuatnya.. lama-lama dia letih, terus tertidur dgn neb tu sekali. Klinik ni mmg ramai pesakit, sbb doktor tu agak peramah orgnya.. nak tnggu ubat pon 15 minit. haishh.. sabo je lah.

Result Exam Part 5

Pagi-pagi lagi dah siap nak ke pejabat hari ni, dan dpt 1 notification dlm emel mengenai result final exam hari tu. wow berdebar2 nak buka baca tadi. Mcm2 fikir,. dengan tenangnya bila buka je result.jeng jeng jeng... mata terus terbeliak mcm tak percaya tgk ada 2A. huishhh biar betul OB dapat A?.. tgk lagi.. mmg A. Sebenarnya, subject ni agak sukar jugak nk score dan madam yang ajar tu pon msa tu tersangat BZ, langsung assume takut fail. Alhamdullilah, utk hari Jumaat yang indah ni.. Allah makbulkan doaku. Pointer 3.57. Lebih dari cukup aku rasakan. Ye lah, utk seorang pelajar yang bekerja dan seorang ibu juga isteri. 

Terima kasih Ya Allah. Hamba bersyukur... 

Akan sambung semester balik pada Mac,.. utk part 6. Tarik nafas lega!. 

Come & Circle Blog Day

14 Februari 2013, in office..yg sunyi..hahaaha..satu ofis hari ni mengikuti perkembangan kak Jay yang sedang giat mengumpul idea2 untuk dimasukkan dalam blognye.. Jadi kami yang lain2 di ofis ni pun ikut join lah rasa mcm agak best dan boleh jugak isi masa2 yg kosong kt dlm ofis sejuk beku ni.

Thumbs up kak jay kerana berjaya membuat kitorang jadi followers yang tak seberapa teror he h ehe..


From the PA' table.
ayuzahrina.. peace :)


Wednesday, February 13, 2013

Mandi Manda Gold Coast Morib

Sebenarnya gambar2 kat Gold Coast Morib dah lupa bila tarikh perginya, tapi seingat saya tahun 2012..hehehe baru sekarang nak muat naik masuk dlm Blog ini.. Perjalanan ke sana ambil masa dalam sejam setengah kalau cara pemanduan tu berhemah dan slow n steady, kalau gesa2..memang dlm sejam dah boleh sampai.. masa ni org agak ramai, nasib baik dah beli on line dlm web dia sndiri. rughly dlm 250 ++ sekali dgn tiket masuk pool tu. Kalau nak makan, ada food court dalam jarak x sampai stengah jam je.. malam tu kitorang makan kt situ je, and pagi esok nya makan buffet di hotel yang kena beratur panjang. Ha Ha ha...


























CNY Holiday.. 4 Hari.

4 hari tau stay kat rumah.. memasak, mengemas, membasuh dan makan,..tgk tv melayan dak debab dina yg hyper tu..huiiiii amat memenatkan!..tapi seronok dan meriah la kt rumah yg tunggang langgang hahahah.. Hari pertama cuti, memasak resepi puding roti, tapi agak tak menjadi sbb kurang susu.. jadinya mcm nipis sikit, dan agak hangit. x apa lah tu baru percubaan pertama.. percubaan seterusnya dia la yg jadi chef,,resepi saya dan jeng2.. mmg menjadi plak.. heheh

Hari ke2 cuti masak nasi tomato,..boleh lah dan sedap untuk dimakan seisi keluarga kecual Dina yang tak berapa gemar sbb dia nak makan sndiri.. so we all bagi dia independence skit, makan ikut gaya tersendiri lah...

Hari ke 3,.. masak tomyam.. disebabkan tinggal isi2 ayam shj maka saya dengan semangat kerajinan terus membuat tomyam ayam kegemaran tirah... di makan bersama bihun dan kuetiaw.. hari ni tak makan nasi hoccay hehehe.. satu family diet..

Hari ke 4.. masak kari ikan..yeahhh dah lama sebenarnya tak masak kari.. setiap kali masak mesti ikut jgk resepi dkt plastik kari ikan babas tu.. cuma tambah santan kotak dan terung.. jadi dan sedap!

okey lah tata for now.. sbb idea belum datang skrang ni.. jumpa lagi tataa

Wednesday, February 6, 2013

Irdina Izayu







6 September 2011, tarikh yang aku tak akan dapat lupa adalah tarikh melahirkan puteri ke 2 ku selepas tirah berumur 10 tahun, now she got her cute sister.. adanya Dina dalam hidup kami memang penyeri dan selalu je buat rumah meriah!. The beautiful part is her birthday is same with Athirah,. Allah itu Maha Berkuasa.. dia dapat hadiah adiknya di hari lahir :) 

Welcome 2013...

WOW~!!... baru terasa cepat masa berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi.. Blog ni pon masih setia menunggu (sebenarnya dah lama tak update, begitu sibuk dengan kehidupan...) Anak pun dah masuk 2. Yes, my family is getting bigger and cherished with our beloved daughter Irdina Izayu yang skrg dah pun 1 tahun 4 months!. Thank you Allah, for giving me the strength to face this life until now.. 

" Be thankful for the difficult times
  during those times you grow,
  Be thankful for your limitations,
  because they give you opportunities for improvement
  Be thankful for each new challenge
  because it will build your strentgh and character
  Be thankful for your mistakes
  They will teach you valuable lessons.." - adapted from Pravs World :)